Senin, 05 Desember 2011

DOA PENGANTIN DI MALAM PERTAMA

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Diceritakan bahawa Ibn Mas’ud mengajar supaya apabila mahu mendatangi isteri pada malam pertama, elok membaca doa:


للهم بارك لي في أهلي وبارك لهم فيّ اللهم ارزقني منهم وارزقهم مني اللهم اجمع بيننا ما جمعت بخير وفرق بيننا إذا فرقت إلى خير


Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah aku pada keluargaku, dan berkatilah mereka padaku. Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki daripada mereka, dan kurniakan mereka rezeki daripadaku. Ya Allah, himpunlah antara kami dengan kebaikan selagi Engkau himpunkan kami.


Dan pisahkanlah antara kami kepada kebaikan jika Engkau pisahkan antara kami”. Direkod oleh Abdul Razzak (no: 10461), dan Thabarani dalam Mukjam Kabir (no: 8993). Walaupun doa ini tidak sabit dalam sunnah Nabi SAW, tetapi boleh beramal dengannya kerana tidak disyaratkan dalam berdoa menggunakan hadis-hadis sahih. Apatah lagi, ia datang daripada sahabat.
Wallahu A’lam


http://bimo-syackti.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar